Selamat Datang....

Friday, October 21, 2011

Galeri Seri Permaisuri Prasekolah










Tunjang Kemanusiaan




Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk memberi tema-tema pembelajaran.

Tunjang Keterampilan




Pendidikan Prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri yang positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin,semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi pendidikan Islam danPendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islamselama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selamadua jam seminggu.

Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentangRukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah.Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukanpergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah danmelakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama,kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijaiyahdan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek doa pilihan.Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melaluiaktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti
hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral
Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moralyang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada diprasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yangspesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankandalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik
hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormatmenghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan,kerjasama, kesederhanaa, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan






Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan dikalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek sertapostur yang betul semasa duduk.Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif.Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepadadiri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.